Friday, January 31, 2020

PERINGATAN DALAMAN KEPADA WARGA KAMPUS KESIHATAN USM BERKENAAN WABAK 2019 NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Umum sedia maklum akan kebimbangan mengenai wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) yang sedang mendapat perhatian seluruh dunia ketika ini.

Pengurusan ingin mengingatkan warga kampus bahawa segala kenyataan rasmi berkenaan kes-kes penularan wabak 2019-nCoV adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

Sehubungan itu, warga kampus diingatkan supaya mengelak daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan atau menyebarkan apa-apa sebaran, khususnya menerusi khidmat pesanan ringkas serta media sosial berkenaan wabak 2019-nCoV yang boleh menjejaskan imej dan reputasi USM. 

Warga kampus diminta untuk menyemak sebarang maklumat yang diterima daripada sumber-sumber yang sahih sahaja iaitu agensi di KKM. Sebarang perkongsian maklumat tidak sah serta palsu yang boleh mencetus panik dalam kalangan orang awam boleh disiasat dan dikenakan tindakan menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia sedia ada. 

Pengurusan juga ingin mengingatkan warga kampus untuk sentiasa berjaga-jaga dan segera menjalani saringan kesihatan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya mengalami demam panas serta masalah pernafasan. 

Sekian, terima kasih

PROF. DATO' DR. AHMAD SUKARI HALIM
Pengarah Kampus & Pengarah Hospital USM

Dikeluarkan oleh : Pusat Media & Perhubungan Awam
Tarikh : 30 Januari 2020


No comments:

Post a Comment