Saturday, November 30, 2019

HEBAHAN PENGAKTIFAN BILIK GERAKAN BANJIR USM KAMPUS KESIHATAN


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


HEBAHAN PENGAKTIFAN BILIK GERAKAN BANJIR KAMPUS KESIHATAN

Memandangkan keadaan cuaca ketika ini yang agak membimbangkan dan kemungkinan berulangnya bencana banjir, seluruh warga Kampus Kesihatan USM diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga, khususnya yang tinggal di kawasan-kawasan berisiko dan pernah terjejas banjir.

Untuk makluman semua, Bilik Gerakan Banjir Kampus Kesihatan USM akan diaktifkan atas arahan Pengarah Kampus. Bilik Gerakan Banjir Kampus Kesihatan USM berpusat di Bilik Seminar Pentadbiran Tingkat 2, Blok Pentadbiran Hospital USM.

Sebarang kemusykilan berkaitan, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir Kampus Kesihatan USM di talian 09-7673050.

Antara fungsi Bilik Gerakan Banjir Kampus Kesihatan USM ialah menyelaras maklumat berkenaan banjir dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, seterusnya membuat penyelarasan operasi kampus mengikut kesesuaian dengan situasi semasa banjir.

Pengurusan Kampus Kesihatan mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan warga kampus agar sentiasa berwaspada setiap masa sepanjang musim banjir ini. Dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai sahaja. Elakkan terlibat dengan apa-apa spekulasi berkaitan bencana banjir terutamanya yang kerap tular menerusi pesanan ringkas (SMS/ Whatsapp/ Telegram) serta lain-lain aplikasi media sosial.

Sekian, terima kasih.

PROF. DATO’ DR. AHMAD SUKARI HALIM

PENGARAH KAMPUS & PENGARAH HOSPITAL USM.


______________________________________________



SOP Pengurusan Maklumat Staf Terkesan Banjir:

No comments:

Post a Comment